Rebut Peluang Menjana Pahala Pada Bulan Ramadhan Pada Tahun Ini

PROGRAM INFAQ KURMA AJWA ALIYAH JUMBO

Sukacita kami membuka peluang untuk anda berinfaq sempena bulan Ramadhan ini.
Selain daripada menggandakan solat, baca al-quran dan amalan lain. Kita jangan lepaskan peluang untuk gandakan amalan sedekah.
Kita tidak akan tahu adakah ini bulan Ramadhan terakhir untuk kita.
Semoga Ramadan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya

Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
“Sesiapa yang memberi buka orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang puasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.” (Surah al-Anbiya’, ayat 92)

Persaudaraan sesama umat Islam amat rapat sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang bermaksud: “Perumpamaan orang Mukmin dalam saling berkasih sayang dan perasaan belas kasihan dan rasa simpati mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh badan turut merasai letih dan penat (tidak sihat).” (Muttafaq ‘alaih)

Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik sebagai seorang yang dermawan pada bulan Ramadan. Ibnu ‘Abbas meriwayatkan bahawa: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan, saat baginda bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
- HR Muslim

Di Bawah Adalah Senarai Pondok Tahfiz Yang Kami Bantu

Pondok Meheliah, Geting.

Lorong Tuan Guru Hj Nik Mat, Kg. Tebing, 16080 Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, Malaysia

Maahad Tahfiz Darul Mafatihul 'Ilmi

Lot 12953, Batu Enam Bandaring, Kampong Gerik, Malaysia

Maahad Tahfiz Darul Al Hasyir

Lot 255-B belakang Sekolah Kg. Chabang, 24300 Kerteh Kemaman, Terengganu

Pilihan Pakej Infaq

Infaq Untuk Program Puasa Pondok Tahfiz

Sempena ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini.

Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian asbab sedekah dan infaq tuan-puan yang budiman.

Scroll to Top